Thursday, November 11, 2010

Rindu

Salam.. (special dedicated to: Zarifah Afiqah a.k.a eka)

Hrni, malam ni, tetibe terbuka plak 1 blog, my long lost fren...

Adoi, rindu btl kat dia... dulu rapat sgt ngn dia. Sgt2... tp dh byk tahun dh lost contact.

Kg dekat tp mls nk menziarah, ni la jdnye... huk2

Anyway, i want u 2know that i miss u so much.... N sorry 4everything that i've done...

.: Ku bahagia melihat senyumannya, walau aku jauh tidak melihatnya:.

~Ya ALLAH, berikanlah dia kebahagiaan yang dia dambakan, berikanlah dia kekuatan dalam meniti tiap cabaran kehidupan yang Engkau hamparkan untuknya~

p/s: eka, i miss u damn much.. em, i've read all ur post. be strong!! (suka tgk eka senyum, still sweet mcm dulu2 jugak!! hek3)

>xde gambar eka, kalau x, lama dh tepek kt cni.. hihi<

Thursday, October 28, 2010

M.E.N.C.I.N.T.A.I. : Apa yang kita faham tentangnya?

Kita lebih suka dicintai. Kita lebih suka disayangi. Kita lebih suka dikasihi.

Kerana kita akan menjadi seperti raja. Dicurahkan segala-gala daripada manusia yang menicntai, menyayangi dan mengasihi kita.

Namun tak ramai antara kita yang suka menjadi yang mencintai.

Mengapa?

Kerana di situ ada satu perkara yang besar perlu kita lakukan.

Ia bernama Pengorbanan.

~to be continue...

Wednesday, October 27, 2010

Seruan

Dengarlah
Seruan mengajak kita
Tunaikanlah solat
Tujulah kejayaan

Dengarlah
Suara memanggil kita
Besarkanlah Allah
Daripada selainNya

Dan tanyalah diri
Adakah telah kita tunaikan
Janji pengabdian
Bina agama tegakkan solat
Atau masih belum tersedar
Kita hamba

Sesungguhnya
Tanpa solat runtuhlah
Tiang agama
Agungnya anugerah yang Esa
Diutuskan kepada kekasihNya
Sempurna segala gerak cinta
Dalam ruku' dan sujud

Hargailah
Dengan mengingati Allah
Hati akan menjadi tenang
Buktiknlah rasa ksyukuran
Atas nikmat yang telah
Dikurniakan

Moga menjadi insan bertaqwa
Yang berjaya di dunia dan akhirat

Aku sayang kalian... Aku cinta kalian...
Ini adalah luahan hati... Ini adalah epilog diri...

Kalau kita bangga ada dia, pasangan yang menyayangi kita,
mengapa tidak kita bangga mempunyai Dia yang sayangi kita walau kita ingkar pada-Nya?

Kalau kita sanggup bangun pagi-pagi, bersiap depan cermin sampai berjam2 sbb nk keluar dengan dia,
mengapa kita tidak mahu bangun pagi menunaikan solat Subuh, menghadap-Nya?

Kalau kita sanggup tidur lewat sbb ber'skype' dengan dia,
mengapa kita xmahu bangun sebentar untuk tunaikan solat taubat pada-Nya?

Kalau kita sanggup datang awal ke tempat 'dating' sbb xsbr untuk bertemu dengan dia,
mengapa kita tidak menunaikan solat tepat pada waktu-Nya?

Kalau kita sanggup baca msj dia yang berjela2 panjang sampai xcukup 1 msj,
mengapa kita terlalu berat untuk membuka helaian Al-Quran yang akan menjadi pendinding kita di akhirat sana?

Satu kisah yang membuat aku berfikir lama, panjang, dalam dan sangat terkesan dalam hati.
Perbualan ringkas aku dan CSY (gadis beragama buddha) pada jam 7:45 malam.
CSY: Hawa, mana NZ (gadis beragama Islam)?
Aku: Solat.
CSY: Bila masa u'll kena solat?
Aku: Em... 5 kali sehari. Subuh 5:42, Zohor 1:03, Asar 4:24, Maghrib 7:02, Isyak 8:12.
CSY: Jd, mengapa dia solat sekarang? Bukan sepatutnya jam 7:02?
Aku: (diam) em... (lalu aku menerangkan selanjutnya)

Aku diam, kerana kata2nya benar.
Mengapa solat pada jam 7:45, bukan pada 7:02?
Mengapa biarkan Dia menunggu selama 43minit sebelum sambut seruan-Nya?

Kalau kita berjanji dengan seseorang, dan orang itu lambat 43minit, apa yang kita rasa??

Aku mengaku cintakan Allah, aku mengaku sayangkan Allah, tetapi aku lalai menyahut seruan-Nya...

~Sambutlah seruan-Nya sebelum Dia memanggilmu buat kali terakhir~

.: Buat kamu: Aku insan yang xmampu menegur dengan kata-kata kerana kata-kataku sering menyinggung hati manusia. Jadi aku kelukan lidahku, namun aku tidak mahu kau terus hanyut. Aku tidak mahu kau dan aku sama2 dihumban ke neraka-Nya. Aku tidak mahu kau tuduh aku sebagai seorang kawan yang pentingkan diri, tidak mengajarmu apa yang aku tahu... :.

Tuesday, October 12, 2010

Seribu Kali Sayang

Berdosakah diriku terpaksa melepaskan
Cintamu yang serapuh dahan nan kering usang

Yang akhirnya kan patah terhempas gemeretap
Sungguh memilukan tak dapat ku bayangkan


Seribu kali sayang
Sangkaku kan ke mati cerita kasih kita

Rupanya seketika
Setelah merelakan setalah kau bisikkan

Segugus janji2 tergamak kau mungkiri


Apakah sebenar yang terjadi
Hingga kau bersikap demikian

Sedangkan kau sesungguhnya percaya

Kasihku tak berbelah bahagi


Tak sanggup ku kenangkan
Semua telah nyata cintamu gurauan

Datang dan hilang semahu hatimu

Itulah falsafah pegangan cintamu

Namun harus kau ingat

Hati yang manakah selamanya akan sabar



Special dedicated to: Syahida, Shahreen, Salimah & pemilik cintaku...

Kawan, sahabat dan teman

Salam...

Entry yang spontan, dari rasa yang menggigit jiwa dalam beberapa hari ini.

Sekali ujian itu tiba, kita xdpt menjangka ia datang berupa apa. Ujian fizikal kah, mental kah, musibah kah, kekayaan kah?

Kali ini soal hati diuji...

Soal kesetiaan..
Soal kejujuran...
Soal penerimaan...
Soal kemaafan..

Menitis air mata mengenangkan kesetiaan yang dipertaruhkan kepada sahabat, yang mungkin belum cukup bagi dirinya. Hati aku terdetik untuk merungkai kesetiaan itu, namun aku sedar itu adalah bisikan yang tidak benar...
Mengenang kenangan indah bersama, yang telah dilalui sepanjang lebih 3 tahun membuat aku terduduk. Kenangan susah senang bersama, kenangan ketawa dan air mata yang menambat kesetiaanku pdmu..

Kita pernah bersama meluah rasa, berkongsi duka di kala hati kita masing2 gundah dgn dunia...
Kita pernah berdua bercerita ketika org lain telah lena dibuai mimpi gara2 kesedihan yang kita alami.. Bangunan, bulan, bintang dan Dia menjadi saksi..

Kita pernah bersama bergelak ketawa tatkala hati berbunga2 melihat telatah manusia.. Di bangku itu kita berdua, masih berkongsi cerita sambil meneguk air dan mengunyah.. Kadang2 keropok, kadang2 burger... Ingatkah sahabat?

Kita sama2 meredah pelbagai masalah bersama. Kadang2 sampai berhujan, kadang2 sampai berjalan kaki meredah lautan manusia, kadang2 smpai ponteng kelas pun ad... Tp kau setia menemani aku, tidak kau merungut dengan kerenahku...

Namun ujian ini datang jua... Menguji mampukah aku menghadapinya..
Hidup seperti langit. Tidak selamanya cerah, tidak juga sentiasa hujan dan gelap. Kadang2 ad pelangi menghiasi dada langit itu... Cantik...

Air mata yang mengalir ini, bukan kerana aku membencimu. Air mata ini mengalir kerana aku sayang kamu... Tidak mampu aku bayangkan, andai keputusanmu adalah untuk meninggalkan aku... Walaupun aku tahu, setiap pertemuan menjanjikan perpisahan...

Akan ku terus pertahankan kesetiaan ini duhai sahabat!!

p/s: Terima kasih menerima aku kembali dalam hidupmu... =)

.: Dunia dan hidup ini terlalu singkat untuk aku dan kamu saling membenci.. :.

.: Terima kasih Ya Allah, Kau kurniakan aku sahabat2 yang membawaku lebih dekat pd-Mu:.

~dunia ini hanya pinjaman... untuk menguji keimanan... diakhir nanti kita dijanjikan, balasan syurga ataupun neraka~

Krdt to: Syahida, Shahreen, Salimah... (aku sayang kalian)

Thursday, September 23, 2010

Salam...

Sedikit perkongsian pengalaman (jdkan yg baik sbg teladan dan sebaliknya sbg sempadan)...

Dalam menghitung hari pemergiannya, aku seringkali berduka. Sedikit alpa untuk redha dan merelakan pemergian insan itu, lantaran hati yang masih kotor, lantaran diri yang masih cintakan dunia..

Pemergian itu mungkin untuk seketika, mungkin juga untuk selama2nya. Pemergian itu mungkin tidak mengubah apa2, mungkin juga bakal mengubah masa depanku, dan masa depannya..

Rintihan ini bukan sahaja di hati, kadangkala terluah pada kata. Atas keperihatinannya, dia mengesan 'ketidakrelaan' yang ada di hati ini...

22 September 2010
23:29
Ketika aku sendiri, kadangkala aku teringatkan dirimu. Dirimu yang selalu membuat aku teringat pada-Nya, teringat kepada hakikat kehidupan dan kematian, teringat kepada janji2 Tuhan..
Jika diukur dari zahirnya, kita mmg berbeza. Namun takdir mengatasi segalanya. Ada hikmah pertemuan kau dan aku, ada titik persamaan yang masih kita tidak tahu walau perbezaan juga jelas antara kau aku..
Tatkala aku terlalu mengikut nafsu, ketegasanmu menjadi tamparan buatku. Tatkala kau terlalu taksub dengan dunia, halanganku menjadi benteng buat dirimu.

Mungkin kita xseperti mereka, bertemu siang malam xkira masa...
Mungkin kita xseperti mereka, mkn minum bersama...
Mungkin kita xseperti mereka, menyambut hari ulang tahun berdua...

Tapi sayang,
Aku berjanji itulah kemanisan apabila akad nikah dilafazkan...
Aku berjanji kesetiaan akan aku pertahankan...
Aku berjanji cintaku bkn sekadar pada perhiasan...

Relakan pemergianku, redhakan ketiadaanku, doakan kejayaanku...
p/s: mungkin kita akn berpisah lbh jauh dari sekarang, mungkin tiada perhubungan langsung,
itu hakikat yang perlu kita hadapi. Namun berserahlah pada-Nya, biarlah Dia yang
memegang tali cinta kita dengan CINTA-Nya... (aku sayang kamu =))

Terduduk aku kerana jarang sekali untuk mendengar kata2 sebegini darinya...

.: Hidup tidak selalu indah, langit tidak selalu cerah. Hanya pada-Nya kita kembalikan segala rasa, urusan, kemahuan dan perasaan :.

~ "Tuhan, air mata ini bukan mengalir kerana cintanya semata2, tp lebih kerana cinta-Mu kerana telah menemukan aku dengannya... Panjangkan jodoh kami, labuhkan cinta-Mu pada cinta kami hingga ke syurga" ~

Wednesday, September 22, 2010

Salam Aidilfitri...

Imam Syafie menziarahi sahabatnya Imam Ahmad Hambal. Selama 3 hari beliau di sana.
Perlakuan beliau telah diperhatikan oleh anak sahabatnya. Pada hari terakhir, anak Imam Ahmad Hambal bertanya kepada Imam Syafie 3 soalan:

1) Pada hari pertama tiba, ketika dihidangkan makanan, mengapa engkau makan semahu2nya sedangkan sewajarnya engkau zuhud?

2) Aku melihat engkau tidak sekalipun bgun untuk qiamullail sepanjang berada di sini. Mengapa?

3) Selama 3 hari di sini, aku perhatikan engkau telah bersolat subuh tanpa mengambil wudhuk. Mengapa?

Imam Syafie tersenyum lalu menjawab:

1) Makanan dari orang yang pemurah merupakan penawar kepada penyakit. Ayahmu seorang pemurah, jd mknan dari ayahmu adalah penawar penyakit.

2) Aku tidak bangun qiamullail kerana aku berfikir mengenai masalah fikah dan penyelesaiannya. Aku berbaring dan pejam tetapi aku telah dapat menyelesaikan 100 masalah fikah umat.

3) Aku tidak berwudhuk untuk solat subuh kerana aku tidak tidur. Maka wudhukku tidak batal.

Anak Imam Ahmad Hambal mengangguk dan mengakui kehebatan Imam Syafie.


~ Sekadar coretan untuk peringatan, usahlah menilai manusia dari hanya zahirnya. Namun, zahir yang baik adalah lebih baik dari zahir yang buruk. ~

"Tuhan, ku mohon kau tetapkan hatiku berada di jalan-Mu.. Ku mohon kekuatan untuk aku menegakkan kalimah-Mu. Sesungguhnya hanya pada-Mu aku kembali.."

Wednesday, July 28, 2010

Malang

Kadang2 hati terdetik, tentang malang...

Malangnya nasib... Mungkin kerana bangun lewat, mungkin kerana dimarahi, mungkin kerana harta dicuri...

Pandanglah dengan pandangan Pencipta...
Sabar, rasional, fikir...

Adakah perkara2 tersebut benar2 malang?
Untuk apa ditakdirkan jika ianya hanya sekadar malang?

Tidak. Ia sebenarnya adalah ujian.. Dan tiap2 ujian menuntut kesabaran..


Kembalikan segalanya kepada Pemiliknya...

Kawan2, kalau kita fikir malang, kita akan rasa diri terlalu rendah, seolah2 tiada lagi kebaikan yang akan berlaku pada kita..

It's all in your mind...

Sedangkan jika dinisbahkan nikmat-Nya dengan 'malang' yang kita definisikan yang ad pada diri kita, tidak mampu kita nilai...

Adakah kita malang jika kita tidak memiliki sesuatu? Dan adakah yang bertuah itu yang memiliki sesuatu? Tidak...

Kita tetap bertuah, kita tidak memiliki penyakit dalam diri..

Walau kita ada penyakit, kita tetap bertuah tidak perlu sepanjang masa berada di hospital.

Walau kita perlu berada sepanjang masa di hospital, kita tetap bertuah kerana tidak terlantar di katil sahaja.

Walau kita terpaksa terlantar di katil, kita tetap bertuah kerana masih diberi nafas oleh-Nya.

Walau kita tidak lagi bernafas, kita tetap bertuah kerana telah ditidurkan dari kesesakan dunia yang mungkin semakin menjauhkan kita dari-Nya!!!

~Jangan difikir derita akan berpanjangan

Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan

Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan

Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali~

Maaf


Sekali lagi, salam kemaafan aku hulurkan buat yang setia...

"Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba, hamba yang hidup dan terus hidup hanya dengan keizinan Penciptanya"

3 hari tanpa entry baru, aku mmg rasa bersalah.. Jd hrni aku nk mtk maaf sgt2 pd kalian. Ehek~

“Tiada manusia yang sempurna… jadi berikan kesempatan pada tiap orang untuk memperbaiki diri…berikan maafmu seluas-luasnya…..maka kamu akan lebih bahagia”

Kadang2 mmg susah melakukan dari berkata2.

Meminta maaf sudah cukup susah apatah lagi untuk memberi kemaafan. Mungkin untuk meminta maaf, hati diulit perasaan ego yang menggunung tinggi manakala untuk memberi maaf, amarah terus menguasai diri...


Ingatlah duhai sahabat, andai kita tidak memaafkan, mahukah kita tidak dimaafkan?

Andai kita terlalu ego untuk meminta maaf, mahukah kita berhadapan dengan mereka yang tidak meminta maaf?

Allah SWT berfirman : “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik di waktu lapang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang , Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan” (Ali Imran : 133-134)


Kesalahan manusia sesama manusia yang tidak diselesaikan akan menghalang keampunan-Nya... ='(

Duhai hati, rendahkanlah egomu untuk meminta kemaafan sesama insan...
Duhai diri, lemparkanlah amarahmu untuk engkau memaafkan kesilapan insan...

~Tiada insan yang sengaja melakukan kesalahan tetapi tiada juga insan yang lepas dari melakukannya~

Saturday, July 24, 2010

bz

Aku dihambat kesibukan orentasi junior, kejohanan Piala Ketua Polis Negara dan latihan!!!
Maaf xdpt post apa2 hrni even byk plan dlm kepala.. =(


Berilah aku kekuatan dalam menempuh kesibukan yang semakin mencengkam diriku... Amin..

Friday, July 23, 2010

Yang telah berlalu...

Seminggu lagi telah berlalu... Kejap je, kn?

Rasa baru smlm mengangkut2 beg nk balik perlis, tgk2 hari ni dh genap 2 minggu berada di sini..
Belajar pun, dh sampai chapter 3, assignment pun dh ad 2, lab report pun dh nk kne hantar.
Minggu ni jgk la ramai kwn2 yg demam.. Musim ke? [ntah la..]
Termasuk la housemateku, khairaini. Mazni pun dh start bersin2. Harap u'll cpt sembuh ye..

Masa 1st week, ye ye kata bosan. Skang? =)

"Sesungguhnya dua nikmat yang sering dilupakan ialah nikmat sihat dan masa lapang.."

"Wahai manusia, ingatlah bahawa sakit adalah penghapus dosa-dosa kecil"

Tak lupa juga, minggu ni start blajar simulasi [sesetengah je amik subjek ni]. Mungkin awal2 ni kami xrasa lagi apa itu simulasi kot, sbb blajar history je...
Ape2 pun, kpd student simulasi, jgn lupa assignment ye. Wink!!!
Kredit utk En. Akmal, lecturer simulasi yg berdedikasi. Hehe...

Fuyoo... Fokusnye budak2 simulasi. [zoom skit apa kt skrin pc tu.. hehe]

"Gunakanlah masa sebaiknya kerana ia tidak akan kembali atau menunggu kita"

Minggu ni juga aku p mkn clay pot. Hehe.. Hari rabu, mkn ngn sal, ema, syida n areen.
Punyalah si sal nk mkn clay pot, sanggup tu tunggu dr pukul 4 lbh sampai kul 5 lbh.
Dari akak tu bru buka api, potong sayur, masukkan sos tiram, sampai la siap... huhu
Balik dlm kul 6 cm tu la.. Sbb mkn clay pot mmg lama.. Panas!! =)

Cik Ema & cik Sal yang mengidam nk mkn clay pot.. Peace!

"Makan sebelum lapar & berhentilah sebelum kenyang."

Dan yg paling menyedihkan [sedih ke?] dua kali terkunci..
First, masa p mkn. Ms tu petang, p mkn xbw kunci.. Last2 duk umah areen. Lpas 10min, mazni pun balik..
Kali kedua, semalam. P mkn tghr ngn ema & diba. Ms tu bdk2 umah xkuar lg..
Lpas mkn, naik. Huhu... Semua dh xde.. Ms tu baru kul 12.00. Nk p kelas kul 1.
Jd, p la menumpang kt umah areen lg.. Malunyer..

Rumahku syurgaku... Di wang ulu. Ehek..

Ok, kejap lg nk kne tinggal dh. Roomateku, amnani nk p shah alam. Ada seminar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.. Tak tau la apa yg menarik sgt ngn SPRM ni. Hehe =)

Sebelum mengundur diri, last pic dedicated to my lovely, sweet, kind, sporting, supporting fren, Syida a.k.a Syindae (sorry!!) [Syahida Farhan Azha]

First day of 5th semester, 12th July 2010.

Semoga kalian berada dalam redha-Nya selalu..

Selamat buat assignment & lab report..

"Kalau hari ini kita rasa sihat, ingatlah suatu hari nanti kita akan sakit. Jika hari ini kita rasa gembira, ingatlah suatu hari nanti kesedihan akan menjengah kita. Andai hari ini kita rasa lapang, gunakanlah masa itu sebelum ia menghambat kita dengan kesibukan..."

~Renung2kan dan selamat baramal~


Thursday, July 22, 2010

Ujian

Aku plan nk post benda lain pg ni.. Tp atas sbb2 tertentu, aku xdpt teruskan entry yg aku plan nk post pg ni.. Huhu..
Entry ni, tetibe je aku dpt idea. =)

Smlm lepas kelas, aku p mkn ngn kwn2.. Mkn clay pot yee mee tu.. Hehe. Kat wang ulu je..
Sambil2 menunggu kedai buka, kami plan nk p mkn kt Kangar mlm tu. Just count me in!!

Habis mkn, aku balik. Tgk2, memo kt bwh blog kata mlm ni ad row call. &aku terlibat!! ='(
Aku pun msj la kt member aku, areen, yg aku xdpt p sbb aku ad benda tu. Sedih, sbb aku btl2 nk p.
Sampai umah pun aku badmood jelah.. Tp apa aku dpt?? (ms tu xrasional, sgt xleh pk)

Aku pun p la menghadirkn diri tepat kul 9. Nama aku naik utk jd pemegang play card (ala, yg pgg nama kontinjen utk sukan ms perbarisan tu...).
Terima jelah, mood xok. Tgk2 dpt plak Briged Tengah (padahal aku tgh krisis ngn bdk Briged Tengah!!). Hadoi... =( =( =(
Kira aku kne professional la ni.. (Bleh ke?)

Hbs perjumpaan tu, aku naik. Sambung berkrisis kt umah.. Last2 skali aku tdo. Assignment ntah ke mana, lab report ntah ke mana, final report pun tggal cmtu je..
Serius aku rasa sgt tercabar smlm...

Tp bila aku bgn pg td, aku menyesal.. Seolah2 aku xterima ketentuan-Nya utk aku. Aku kne btlkan diri aku utk hari ni.
Yg smlm, biarlah.. Sbb seteruk mana pun aku pk, sejauh mana pun aku benci, aku xboleh ubah apa2. I just have to face it. & it will over when the time come.
Jd? Aku xkn biarkan hari aku ini, rosak kerana semalam!!!

Perasan x, baru beberapa hari lpas aku post pasal marah (tajuk entry: kucing)?
Benarlah setiap kata-Nya...

"Dia akan mengujimu dengan apa yang kau ucapkan..."

Ya ALLAH, luaskanlah kesabaranku, teguhkanlah imanku dalam menghadapi tiap ujian-Mu... Sesungguhnya aku tergolong dalam orang-orang yang menzalimi diriku sendiri...
Ya ALLAH, pimpinlah aku untuk terus berada di jalan-Mu... Kerana tanpa jalan-Mu aku akan hilang, hanyut, leka dan lalai dengan kemanisan dunia yang tidak kemana...

Ya ALLAH, aku berlindung kpd-Mu dari rasa sedih & gelisah, dari kelemahan dan kemalasan, dari sikap pengecut dan bakhil, daripada cengkaman hutang dan penindasan org yang menindas.

.: Tuhan, dalam menempuh hidup ini banyaknya dugaan datang menguji.. Ada yang dapat ku gagahi dan ada yang gagal ku hindari... ='(:.

Wednesday, July 21, 2010

Teman, kawan, sahabat

Kawan ketawa senang dicari tetapi kawan menangis sangat payah diperolehi...

Adalah sangat ramai manusia di dunia ini, tetapi ramai juga yang menjadi musuh dalam selimut, menjadi duri dalam daging, menjadi gunting dalam lipatan...

Namun begitu, kerana kasih-Nya, sahabat sejati tetap ada, walau mencarinya seperti mencari permata di celahan kaca..

Teman yang baik adalah teman yang mengingatkan kita kepada-Nya, yang mendekatkan diri kita pada cinta-Nya, yang memberi kita harapan atas dugaan-Nya...

Tika ku kealpaan

Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku

Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan

Kau nyalakan harapan

Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala


Dua cerita tentang kawan aku perolehi semalam.

First, kawan sejiwa.. Hehe. Aku tujukan kepada kwn2 lab aku yang sgt sporting.. Lab bioreactor. Smlm 1st lab. Sgt seronok, sempoi, enjoy... tp FAHAM! Sgt xsangka. Susah kot nk 'masuk' dalam eksperimen yg kita kne handle, apatah lg dh petang2 mcm smlm... ;)

Aku hargai sgt labmates ak, fizah, mizan n lim. Xlupa jgk grup sebelah, dila, muaz, izzah n yin...
N specially for Bioreactor A3 Lab Group, kita mmg sejiwa la.. Bleh plak pakai bju sama smlm!! Keh3... Dua merah, dua biru.. Kpd sape2 yg berkenaan, gmbr berikut adalah sekadar gambar kami sekumpulan ye... =)


Cerita kedua, pasal kecewa... =(
Cerita ni pun kisah benar, cuma wataknya xperlulah didedahkan. Seorang lelaki, boleh dikenali sebagai Yoe (bkn nama sebenar) memiliki perwatakan yang sgt2 la sensitif.

Yoe p umah kwn dia, nk bermalam kt sana la sbb kwn dia ajak. Siap kwn dia amik kt umah tu.. Sbnrnya ni bkn kali pertama. Rumah diorg agak jauh gak, setengah jam naik kete.
Dalam pukul 10mlm, adlah perselisihan faham antara diorg ni.

Yoe ni, sbb dia sensitif sgt2, dia xbleh tahan perasaan marah, kecewa, sakit hati dia atas perselisihan fhm tu..Pukul 11.30 tghmlm, dia cl kwn dia, 'Panda', utk ambil dia kt umah kwn dia ni. Dia nk balik sbb khuatir dia 'tertumbuk' kwn dia tu. Hehe..

Si 'Panda' ni pulak, xbiasa jalan p umah kwn tu.. Jd xla sampai2..
Yoe amik keputusan drastik pd jam 12.00 tghmlm, dia keluar rumah kwn dia, jalan kaki nk balik umah. Duit dlm poket tinggal RM20 je ni.. Keh3

Dia pun jalan la tgh2 mlm tu, dgn berselipar je, dgn gelap2 tu..
Akhirnya, selepas kaki Yoe luka terpijak kaca, dan bawah seluar basah sbb terpijak lopak air, 'Panda' berjaya sampai kepada Yoe.
Masa tu dah pukul 1 pg...
Hehe. Tp pg ni bila dia bgn, Yoe dh xrasa ape2 dh kt kwn dia tu...
Moral of the story? Korang pk la, xsempat dah ni.. Nk p kelas pulak..

Sorry untuk entry yang kelam kabut ni.. =( Maaf byk2...

Tuesday, July 20, 2010

Kucing

Pada suatu hari...
Seorang bos memarahi setiausahanya kerana lambat menyerahkan dokumen pemasaran yang perlu disemak.

"Kenapa awak lambat hantar dokumen ini? Sepatutnya saya terima dokumen ini semalam"

"Tapi bos, pegawai pemasaran baru sahaja serahkan dokumen ini pada saya"

"Sudah, saya tak mahu dengar apa-apa. Pergi betulkan kerja awak"

Setiausahanya pun berlalu dengan keadaan marah ke arah pegawai pemasaran.


"Awak lambat menyerahkan dokumen ini. Macammana awak buat kerja?"

"Apa ni? Masuk tidak ketuk pintu, tiba-tiba sahaja serang saya, elokkah kerja awak?"

"Ah, disebabkan awak, bos memarahi saya. Jangan bekerja meyusahkan orang saja!"

Setiausaha itu berlalu meninggalkan pegawai pemasaran yang sedang marah.

Sepanjang hari, pegawai tersebut berada dalam keadaan marah.



Pulang ke rumah, isteri pegawai pemasaran sedang menunggu di pintu dengan niat mahu mengajak suaminya makan di luar.

Sambil tersenyum-senyum dia bersuara,
"Abang baru balik?"

"Tidak nampakkah? Yang awak tersenyum-senyum di sini mengapa? Pergi masuk, masak. Saya lapar!" bentak pegawai pemasaran.

Tersentak dengan suara si suami, isteri tadi masuk ke dapur dengan muka masam, marah kerana dimarahi, lalu memasak dalam keadaan tidak puas hati.



Tiba-tiba anak kecilnya yang comel datang dari arah bilik membawa lukisan.

"Mama, tengok afiq lukis ni tadi. Afiq belajar melukis kat sekolah"

"Apa lukis-lukis? Membazir kertas saja. Pergi mandi!"

Huluran tangan bersama lukisan ditarik semula. Afiq meninggalkan ibunya di dapur dengan marah kerana dia merasakan ibunya marah tanpa ada kesalahan darinya.





Kucing afiq datang menggeselkan kepalanya di kaki afiq.

Afiq menyepak kucing tersebut!!!


Persoalannya, siapakah sebenarnya yang telah menyepak kucing tersebut??



Siapa ye? Hm...
Kerana marah, semua menjadi mangsa. Kerana amarah, semua tidak kena. Begitu mudah marah merebak dan melibatkan semua orang disekeliling kita. Mengapa kita marah?

Bukan menuding jari pada org lain tp pd aku sendiri. Perlukah marah? Ya, perlu! Tapi marah yang bagaimana?


Aku dengar cerita ni dah lama. Cuma nk kongsi je. Aku rasa xperlu kot marah2 xtentu hala ni. Kalau marah pun, masa yang pergi xkn berulang lg... Dah silap, mengaku jelah. Minta maaf. Yang p layan hasutan syaitan tu nape??

Tapi aku tgk perkara yang kita patut marah, kita xmarah pulak. Cthnya, tindakan zionis terhadap palestin. Kita marah ke? Cukup ke kita marah2 dengan mulut je? Apa kesannya pada zionis?

Marah ni kita boleh pandu dia. Marahlah utk kebaikan, bukan utk memecah belahkan. Aku xckp org lain, aku sendiri. Tp marah ni letih tau. hehe... Buat sakit kepala je.


Ada dua perkara yang mudah merebak dan mempengaruhi. Marah dan sayang.
Jadi, apa kata kita pilih untuk sebarkan sayang dan lupakan marah?? =)

Monday, July 19, 2010

Trylah...

Ni ada ilmu untuk dikongsi.. Cubalah.. Menarik..





Kaalay vanakkam = selamat pagi

Maalay vanakkam = selamat malam




Ningge yenggerende vandingge? = Awak dari mana?

Navitelle yerende vande = Saya dari rumah


Ni bahasa tamil, baru blajar pg td.
Kalau ad silap dan salah, tolong betulkan ye... Terima kasih..


"Tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri China" [India pun xpe..]
DEMI MASA...
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh.

Masa ibarat pedang yang akan memotong kita sekiranya kita tidak menggunakannya...

Perkara yang paling jauh dengan kita ialah MASA lampau...


MASA... Simple isn't?

24jam sehari, 7hari seminggu, 4minngu sebulan, 12bulan setahun. Banyaknya masa!!!
Apa yang telah kita lakukan dengan masa sebanyak itu?

Pagi ni, buka mata je terus melompat dari katil.
Sebabnya?
Lewat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku berebut bilik air plak dh ngn bdk2 umah yg lima2 kelas kul 8... Sabar jelah.
Salah sendiri jugak, kunci alarm tp pasang handsfree kt hp, mana la nk bunyi..
Last2, subuh lewat, puasa xbuat.. Hmm....

Namun aku bersyukur masih diberi nikmat kehidupan di dunia pada hari ini. Semoga aku tidak mensia-siakan masa yang akan datang setelah aku kehilangan masa lalu ku tadi kerana tidur!!!

Tuhan, aku mengaku menyintai-Mu, namun aku tidak melakukan apa yang Kau sukai..
Tuhan, aku mendamba sayang-Mu tapi aku sering melakukan perkara yang menjadi kemurkaan-Mu..

"Ya Allah, usah Kau tinggalkan aku sendiri.. Diri ini memerlukan-Mu kerana Kau pemilik cinta sejati"

Sunday, July 18, 2010

Memberi...


Semakin banyak kita memberi, semakin banyak yang kita akan perolehi...

Ibarat berjalan berkaki ayam, tapak kaki semakin tebal, bukan semakin tipis...

Aku?

Usah ditanya apa yang orang beri pada kita, tapi bertanyalah apa yang telah kita beri pada mereka...

Aku?

Nilailah pemberian dari pelbagai cara dan sudut, kerana pemberian berupa semangat, sokongan dan doa kadangkala lebih berharga dari harta...

Aku?

Tidak mampu adalah alasan terbesar untuk tidak memberi, sedangkan Dia telah memberi segala-galanya yang kita perlukan seadil-adilnya...

Aku?

Jangan mengharap pada balasan pemberian kerana sesungguhnya kita juga tidak mampu membalas pemberian-Nya pada kita...

Aku?
Renunglah diri ini duhai hati. Engkau diberi segala-galanya.

Nikmat kehidupan yang tidak diberi pada mereka yang telah mati..
Nikmat kemewahan yang tidak diberi kepada mereka yang miskin..
Nikmat bertutur yang tidak diberi kepada mereka yang bisu..
Nikmat melihat yang tidak diberi kepada mereka yang buta..
Nikmat kesihatan yang tidak diberi kepada mereka yang sakit..
Nikmat keamanan yang tidak diberi kepada mereka yang menghadapi peperangan..
Nikmat kelapangan yang tidak diberi kepada mereka yang sibuk..

Dan sedarlah akan nikmat IMAN dan ISLAM yang masih diberi untukmu...

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakahyang kamu dustakan?"