Thursday, October 28, 2010

M.E.N.C.I.N.T.A.I. : Apa yang kita faham tentangnya?

Kita lebih suka dicintai. Kita lebih suka disayangi. Kita lebih suka dikasihi.

Kerana kita akan menjadi seperti raja. Dicurahkan segala-gala daripada manusia yang menicntai, menyayangi dan mengasihi kita.

Namun tak ramai antara kita yang suka menjadi yang mencintai.

Mengapa?

Kerana di situ ada satu perkara yang besar perlu kita lakukan.

Ia bernama Pengorbanan.

~to be continue...

Wednesday, October 27, 2010

Seruan

Dengarlah
Seruan mengajak kita
Tunaikanlah solat
Tujulah kejayaan

Dengarlah
Suara memanggil kita
Besarkanlah Allah
Daripada selainNya

Dan tanyalah diri
Adakah telah kita tunaikan
Janji pengabdian
Bina agama tegakkan solat
Atau masih belum tersedar
Kita hamba

Sesungguhnya
Tanpa solat runtuhlah
Tiang agama
Agungnya anugerah yang Esa
Diutuskan kepada kekasihNya
Sempurna segala gerak cinta
Dalam ruku' dan sujud

Hargailah
Dengan mengingati Allah
Hati akan menjadi tenang
Buktiknlah rasa ksyukuran
Atas nikmat yang telah
Dikurniakan

Moga menjadi insan bertaqwa
Yang berjaya di dunia dan akhirat

Aku sayang kalian... Aku cinta kalian...
Ini adalah luahan hati... Ini adalah epilog diri...

Kalau kita bangga ada dia, pasangan yang menyayangi kita,
mengapa tidak kita bangga mempunyai Dia yang sayangi kita walau kita ingkar pada-Nya?

Kalau kita sanggup bangun pagi-pagi, bersiap depan cermin sampai berjam2 sbb nk keluar dengan dia,
mengapa kita tidak mahu bangun pagi menunaikan solat Subuh, menghadap-Nya?

Kalau kita sanggup tidur lewat sbb ber'skype' dengan dia,
mengapa kita xmahu bangun sebentar untuk tunaikan solat taubat pada-Nya?

Kalau kita sanggup datang awal ke tempat 'dating' sbb xsbr untuk bertemu dengan dia,
mengapa kita tidak menunaikan solat tepat pada waktu-Nya?

Kalau kita sanggup baca msj dia yang berjela2 panjang sampai xcukup 1 msj,
mengapa kita terlalu berat untuk membuka helaian Al-Quran yang akan menjadi pendinding kita di akhirat sana?

Satu kisah yang membuat aku berfikir lama, panjang, dalam dan sangat terkesan dalam hati.
Perbualan ringkas aku dan CSY (gadis beragama buddha) pada jam 7:45 malam.
CSY: Hawa, mana NZ (gadis beragama Islam)?
Aku: Solat.
CSY: Bila masa u'll kena solat?
Aku: Em... 5 kali sehari. Subuh 5:42, Zohor 1:03, Asar 4:24, Maghrib 7:02, Isyak 8:12.
CSY: Jd, mengapa dia solat sekarang? Bukan sepatutnya jam 7:02?
Aku: (diam) em... (lalu aku menerangkan selanjutnya)

Aku diam, kerana kata2nya benar.
Mengapa solat pada jam 7:45, bukan pada 7:02?
Mengapa biarkan Dia menunggu selama 43minit sebelum sambut seruan-Nya?

Kalau kita berjanji dengan seseorang, dan orang itu lambat 43minit, apa yang kita rasa??

Aku mengaku cintakan Allah, aku mengaku sayangkan Allah, tetapi aku lalai menyahut seruan-Nya...

~Sambutlah seruan-Nya sebelum Dia memanggilmu buat kali terakhir~

.: Buat kamu: Aku insan yang xmampu menegur dengan kata-kata kerana kata-kataku sering menyinggung hati manusia. Jadi aku kelukan lidahku, namun aku tidak mahu kau terus hanyut. Aku tidak mahu kau dan aku sama2 dihumban ke neraka-Nya. Aku tidak mahu kau tuduh aku sebagai seorang kawan yang pentingkan diri, tidak mengajarmu apa yang aku tahu... :.

Tuesday, October 12, 2010

Seribu Kali Sayang

Berdosakah diriku terpaksa melepaskan
Cintamu yang serapuh dahan nan kering usang

Yang akhirnya kan patah terhempas gemeretap
Sungguh memilukan tak dapat ku bayangkan


Seribu kali sayang
Sangkaku kan ke mati cerita kasih kita

Rupanya seketika
Setelah merelakan setalah kau bisikkan

Segugus janji2 tergamak kau mungkiri


Apakah sebenar yang terjadi
Hingga kau bersikap demikian

Sedangkan kau sesungguhnya percaya

Kasihku tak berbelah bahagi


Tak sanggup ku kenangkan
Semua telah nyata cintamu gurauan

Datang dan hilang semahu hatimu

Itulah falsafah pegangan cintamu

Namun harus kau ingat

Hati yang manakah selamanya akan sabar



Special dedicated to: Syahida, Shahreen, Salimah & pemilik cintaku...

Kawan, sahabat dan teman

Salam...

Entry yang spontan, dari rasa yang menggigit jiwa dalam beberapa hari ini.

Sekali ujian itu tiba, kita xdpt menjangka ia datang berupa apa. Ujian fizikal kah, mental kah, musibah kah, kekayaan kah?

Kali ini soal hati diuji...

Soal kesetiaan..
Soal kejujuran...
Soal penerimaan...
Soal kemaafan..

Menitis air mata mengenangkan kesetiaan yang dipertaruhkan kepada sahabat, yang mungkin belum cukup bagi dirinya. Hati aku terdetik untuk merungkai kesetiaan itu, namun aku sedar itu adalah bisikan yang tidak benar...
Mengenang kenangan indah bersama, yang telah dilalui sepanjang lebih 3 tahun membuat aku terduduk. Kenangan susah senang bersama, kenangan ketawa dan air mata yang menambat kesetiaanku pdmu..

Kita pernah bersama meluah rasa, berkongsi duka di kala hati kita masing2 gundah dgn dunia...
Kita pernah berdua bercerita ketika org lain telah lena dibuai mimpi gara2 kesedihan yang kita alami.. Bangunan, bulan, bintang dan Dia menjadi saksi..

Kita pernah bersama bergelak ketawa tatkala hati berbunga2 melihat telatah manusia.. Di bangku itu kita berdua, masih berkongsi cerita sambil meneguk air dan mengunyah.. Kadang2 keropok, kadang2 burger... Ingatkah sahabat?

Kita sama2 meredah pelbagai masalah bersama. Kadang2 sampai berhujan, kadang2 sampai berjalan kaki meredah lautan manusia, kadang2 smpai ponteng kelas pun ad... Tp kau setia menemani aku, tidak kau merungut dengan kerenahku...

Namun ujian ini datang jua... Menguji mampukah aku menghadapinya..
Hidup seperti langit. Tidak selamanya cerah, tidak juga sentiasa hujan dan gelap. Kadang2 ad pelangi menghiasi dada langit itu... Cantik...

Air mata yang mengalir ini, bukan kerana aku membencimu. Air mata ini mengalir kerana aku sayang kamu... Tidak mampu aku bayangkan, andai keputusanmu adalah untuk meninggalkan aku... Walaupun aku tahu, setiap pertemuan menjanjikan perpisahan...

Akan ku terus pertahankan kesetiaan ini duhai sahabat!!

p/s: Terima kasih menerima aku kembali dalam hidupmu... =)

.: Dunia dan hidup ini terlalu singkat untuk aku dan kamu saling membenci.. :.

.: Terima kasih Ya Allah, Kau kurniakan aku sahabat2 yang membawaku lebih dekat pd-Mu:.

~dunia ini hanya pinjaman... untuk menguji keimanan... diakhir nanti kita dijanjikan, balasan syurga ataupun neraka~

Krdt to: Syahida, Shahreen, Salimah... (aku sayang kalian)