Thursday, September 23, 2010

Salam...

Sedikit perkongsian pengalaman (jdkan yg baik sbg teladan dan sebaliknya sbg sempadan)...

Dalam menghitung hari pemergiannya, aku seringkali berduka. Sedikit alpa untuk redha dan merelakan pemergian insan itu, lantaran hati yang masih kotor, lantaran diri yang masih cintakan dunia..

Pemergian itu mungkin untuk seketika, mungkin juga untuk selama2nya. Pemergian itu mungkin tidak mengubah apa2, mungkin juga bakal mengubah masa depanku, dan masa depannya..

Rintihan ini bukan sahaja di hati, kadangkala terluah pada kata. Atas keperihatinannya, dia mengesan 'ketidakrelaan' yang ada di hati ini...

22 September 2010
23:29
Ketika aku sendiri, kadangkala aku teringatkan dirimu. Dirimu yang selalu membuat aku teringat pada-Nya, teringat kepada hakikat kehidupan dan kematian, teringat kepada janji2 Tuhan..
Jika diukur dari zahirnya, kita mmg berbeza. Namun takdir mengatasi segalanya. Ada hikmah pertemuan kau dan aku, ada titik persamaan yang masih kita tidak tahu walau perbezaan juga jelas antara kau aku..
Tatkala aku terlalu mengikut nafsu, ketegasanmu menjadi tamparan buatku. Tatkala kau terlalu taksub dengan dunia, halanganku menjadi benteng buat dirimu.

Mungkin kita xseperti mereka, bertemu siang malam xkira masa...
Mungkin kita xseperti mereka, mkn minum bersama...
Mungkin kita xseperti mereka, menyambut hari ulang tahun berdua...

Tapi sayang,
Aku berjanji itulah kemanisan apabila akad nikah dilafazkan...
Aku berjanji kesetiaan akan aku pertahankan...
Aku berjanji cintaku bkn sekadar pada perhiasan...

Relakan pemergianku, redhakan ketiadaanku, doakan kejayaanku...
p/s: mungkin kita akn berpisah lbh jauh dari sekarang, mungkin tiada perhubungan langsung,
itu hakikat yang perlu kita hadapi. Namun berserahlah pada-Nya, biarlah Dia yang
memegang tali cinta kita dengan CINTA-Nya... (aku sayang kamu =))

Terduduk aku kerana jarang sekali untuk mendengar kata2 sebegini darinya...

.: Hidup tidak selalu indah, langit tidak selalu cerah. Hanya pada-Nya kita kembalikan segala rasa, urusan, kemahuan dan perasaan :.

~ "Tuhan, air mata ini bukan mengalir kerana cintanya semata2, tp lebih kerana cinta-Mu kerana telah menemukan aku dengannya... Panjangkan jodoh kami, labuhkan cinta-Mu pada cinta kami hingga ke syurga" ~

Wednesday, September 22, 2010

Salam Aidilfitri...

Imam Syafie menziarahi sahabatnya Imam Ahmad Hambal. Selama 3 hari beliau di sana.
Perlakuan beliau telah diperhatikan oleh anak sahabatnya. Pada hari terakhir, anak Imam Ahmad Hambal bertanya kepada Imam Syafie 3 soalan:

1) Pada hari pertama tiba, ketika dihidangkan makanan, mengapa engkau makan semahu2nya sedangkan sewajarnya engkau zuhud?

2) Aku melihat engkau tidak sekalipun bgun untuk qiamullail sepanjang berada di sini. Mengapa?

3) Selama 3 hari di sini, aku perhatikan engkau telah bersolat subuh tanpa mengambil wudhuk. Mengapa?

Imam Syafie tersenyum lalu menjawab:

1) Makanan dari orang yang pemurah merupakan penawar kepada penyakit. Ayahmu seorang pemurah, jd mknan dari ayahmu adalah penawar penyakit.

2) Aku tidak bangun qiamullail kerana aku berfikir mengenai masalah fikah dan penyelesaiannya. Aku berbaring dan pejam tetapi aku telah dapat menyelesaikan 100 masalah fikah umat.

3) Aku tidak berwudhuk untuk solat subuh kerana aku tidak tidur. Maka wudhukku tidak batal.

Anak Imam Ahmad Hambal mengangguk dan mengakui kehebatan Imam Syafie.


~ Sekadar coretan untuk peringatan, usahlah menilai manusia dari hanya zahirnya. Namun, zahir yang baik adalah lebih baik dari zahir yang buruk. ~

"Tuhan, ku mohon kau tetapkan hatiku berada di jalan-Mu.. Ku mohon kekuatan untuk aku menegakkan kalimah-Mu. Sesungguhnya hanya pada-Mu aku kembali.."