Wednesday, July 28, 2010

Malang

Kadang2 hati terdetik, tentang malang...

Malangnya nasib... Mungkin kerana bangun lewat, mungkin kerana dimarahi, mungkin kerana harta dicuri...

Pandanglah dengan pandangan Pencipta...
Sabar, rasional, fikir...

Adakah perkara2 tersebut benar2 malang?
Untuk apa ditakdirkan jika ianya hanya sekadar malang?

Tidak. Ia sebenarnya adalah ujian.. Dan tiap2 ujian menuntut kesabaran..


Kembalikan segalanya kepada Pemiliknya...

Kawan2, kalau kita fikir malang, kita akan rasa diri terlalu rendah, seolah2 tiada lagi kebaikan yang akan berlaku pada kita..

It's all in your mind...

Sedangkan jika dinisbahkan nikmat-Nya dengan 'malang' yang kita definisikan yang ad pada diri kita, tidak mampu kita nilai...

Adakah kita malang jika kita tidak memiliki sesuatu? Dan adakah yang bertuah itu yang memiliki sesuatu? Tidak...

Kita tetap bertuah, kita tidak memiliki penyakit dalam diri..

Walau kita ada penyakit, kita tetap bertuah tidak perlu sepanjang masa berada di hospital.

Walau kita perlu berada sepanjang masa di hospital, kita tetap bertuah kerana tidak terlantar di katil sahaja.

Walau kita terpaksa terlantar di katil, kita tetap bertuah kerana masih diberi nafas oleh-Nya.

Walau kita tidak lagi bernafas, kita tetap bertuah kerana telah ditidurkan dari kesesakan dunia yang mungkin semakin menjauhkan kita dari-Nya!!!

~Jangan difikir derita akan berpanjangan

Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan

Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan

Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali~

No comments:

Post a Comment