Tuesday, July 20, 2010

Kucing

Pada suatu hari...
Seorang bos memarahi setiausahanya kerana lambat menyerahkan dokumen pemasaran yang perlu disemak.

"Kenapa awak lambat hantar dokumen ini? Sepatutnya saya terima dokumen ini semalam"

"Tapi bos, pegawai pemasaran baru sahaja serahkan dokumen ini pada saya"

"Sudah, saya tak mahu dengar apa-apa. Pergi betulkan kerja awak"

Setiausahanya pun berlalu dengan keadaan marah ke arah pegawai pemasaran.


"Awak lambat menyerahkan dokumen ini. Macammana awak buat kerja?"

"Apa ni? Masuk tidak ketuk pintu, tiba-tiba sahaja serang saya, elokkah kerja awak?"

"Ah, disebabkan awak, bos memarahi saya. Jangan bekerja meyusahkan orang saja!"

Setiausaha itu berlalu meninggalkan pegawai pemasaran yang sedang marah.

Sepanjang hari, pegawai tersebut berada dalam keadaan marah.



Pulang ke rumah, isteri pegawai pemasaran sedang menunggu di pintu dengan niat mahu mengajak suaminya makan di luar.

Sambil tersenyum-senyum dia bersuara,
"Abang baru balik?"

"Tidak nampakkah? Yang awak tersenyum-senyum di sini mengapa? Pergi masuk, masak. Saya lapar!" bentak pegawai pemasaran.

Tersentak dengan suara si suami, isteri tadi masuk ke dapur dengan muka masam, marah kerana dimarahi, lalu memasak dalam keadaan tidak puas hati.



Tiba-tiba anak kecilnya yang comel datang dari arah bilik membawa lukisan.

"Mama, tengok afiq lukis ni tadi. Afiq belajar melukis kat sekolah"

"Apa lukis-lukis? Membazir kertas saja. Pergi mandi!"

Huluran tangan bersama lukisan ditarik semula. Afiq meninggalkan ibunya di dapur dengan marah kerana dia merasakan ibunya marah tanpa ada kesalahan darinya.





Kucing afiq datang menggeselkan kepalanya di kaki afiq.

Afiq menyepak kucing tersebut!!!


Persoalannya, siapakah sebenarnya yang telah menyepak kucing tersebut??



Siapa ye? Hm...
Kerana marah, semua menjadi mangsa. Kerana amarah, semua tidak kena. Begitu mudah marah merebak dan melibatkan semua orang disekeliling kita. Mengapa kita marah?

Bukan menuding jari pada org lain tp pd aku sendiri. Perlukah marah? Ya, perlu! Tapi marah yang bagaimana?


Aku dengar cerita ni dah lama. Cuma nk kongsi je. Aku rasa xperlu kot marah2 xtentu hala ni. Kalau marah pun, masa yang pergi xkn berulang lg... Dah silap, mengaku jelah. Minta maaf. Yang p layan hasutan syaitan tu nape??

Tapi aku tgk perkara yang kita patut marah, kita xmarah pulak. Cthnya, tindakan zionis terhadap palestin. Kita marah ke? Cukup ke kita marah2 dengan mulut je? Apa kesannya pada zionis?

Marah ni kita boleh pandu dia. Marahlah utk kebaikan, bukan utk memecah belahkan. Aku xckp org lain, aku sendiri. Tp marah ni letih tau. hehe... Buat sakit kepala je.


Ada dua perkara yang mudah merebak dan mempengaruhi. Marah dan sayang.
Jadi, apa kata kita pilih untuk sebarkan sayang dan lupakan marah?? =)

No comments:

Post a Comment