Wednesday, July 21, 2010

Teman, kawan, sahabat

Kawan ketawa senang dicari tetapi kawan menangis sangat payah diperolehi...

Adalah sangat ramai manusia di dunia ini, tetapi ramai juga yang menjadi musuh dalam selimut, menjadi duri dalam daging, menjadi gunting dalam lipatan...

Namun begitu, kerana kasih-Nya, sahabat sejati tetap ada, walau mencarinya seperti mencari permata di celahan kaca..

Teman yang baik adalah teman yang mengingatkan kita kepada-Nya, yang mendekatkan diri kita pada cinta-Nya, yang memberi kita harapan atas dugaan-Nya...

Tika ku kealpaan

Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku

Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan

Kau nyalakan harapan

Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala


Dua cerita tentang kawan aku perolehi semalam.

First, kawan sejiwa.. Hehe. Aku tujukan kepada kwn2 lab aku yang sgt sporting.. Lab bioreactor. Smlm 1st lab. Sgt seronok, sempoi, enjoy... tp FAHAM! Sgt xsangka. Susah kot nk 'masuk' dalam eksperimen yg kita kne handle, apatah lg dh petang2 mcm smlm... ;)

Aku hargai sgt labmates ak, fizah, mizan n lim. Xlupa jgk grup sebelah, dila, muaz, izzah n yin...
N specially for Bioreactor A3 Lab Group, kita mmg sejiwa la.. Bleh plak pakai bju sama smlm!! Keh3... Dua merah, dua biru.. Kpd sape2 yg berkenaan, gmbr berikut adalah sekadar gambar kami sekumpulan ye... =)


Cerita kedua, pasal kecewa... =(
Cerita ni pun kisah benar, cuma wataknya xperlulah didedahkan. Seorang lelaki, boleh dikenali sebagai Yoe (bkn nama sebenar) memiliki perwatakan yang sgt2 la sensitif.

Yoe p umah kwn dia, nk bermalam kt sana la sbb kwn dia ajak. Siap kwn dia amik kt umah tu.. Sbnrnya ni bkn kali pertama. Rumah diorg agak jauh gak, setengah jam naik kete.
Dalam pukul 10mlm, adlah perselisihan faham antara diorg ni.

Yoe ni, sbb dia sensitif sgt2, dia xbleh tahan perasaan marah, kecewa, sakit hati dia atas perselisihan fhm tu..Pukul 11.30 tghmlm, dia cl kwn dia, 'Panda', utk ambil dia kt umah kwn dia ni. Dia nk balik sbb khuatir dia 'tertumbuk' kwn dia tu. Hehe..

Si 'Panda' ni pulak, xbiasa jalan p umah kwn tu.. Jd xla sampai2..
Yoe amik keputusan drastik pd jam 12.00 tghmlm, dia keluar rumah kwn dia, jalan kaki nk balik umah. Duit dlm poket tinggal RM20 je ni.. Keh3

Dia pun jalan la tgh2 mlm tu, dgn berselipar je, dgn gelap2 tu..
Akhirnya, selepas kaki Yoe luka terpijak kaca, dan bawah seluar basah sbb terpijak lopak air, 'Panda' berjaya sampai kepada Yoe.
Masa tu dah pukul 1 pg...
Hehe. Tp pg ni bila dia bgn, Yoe dh xrasa ape2 dh kt kwn dia tu...
Moral of the story? Korang pk la, xsempat dah ni.. Nk p kelas pulak..

Sorry untuk entry yang kelam kabut ni.. =( Maaf byk2...

No comments:

Post a Comment