Wednesday, October 27, 2010

Seruan

Dengarlah
Seruan mengajak kita
Tunaikanlah solat
Tujulah kejayaan

Dengarlah
Suara memanggil kita
Besarkanlah Allah
Daripada selainNya

Dan tanyalah diri
Adakah telah kita tunaikan
Janji pengabdian
Bina agama tegakkan solat
Atau masih belum tersedar
Kita hamba

Sesungguhnya
Tanpa solat runtuhlah
Tiang agama
Agungnya anugerah yang Esa
Diutuskan kepada kekasihNya
Sempurna segala gerak cinta
Dalam ruku' dan sujud

Hargailah
Dengan mengingati Allah
Hati akan menjadi tenang
Buktiknlah rasa ksyukuran
Atas nikmat yang telah
Dikurniakan

Moga menjadi insan bertaqwa
Yang berjaya di dunia dan akhirat

Aku sayang kalian... Aku cinta kalian...
Ini adalah luahan hati... Ini adalah epilog diri...

Kalau kita bangga ada dia, pasangan yang menyayangi kita,
mengapa tidak kita bangga mempunyai Dia yang sayangi kita walau kita ingkar pada-Nya?

Kalau kita sanggup bangun pagi-pagi, bersiap depan cermin sampai berjam2 sbb nk keluar dengan dia,
mengapa kita tidak mahu bangun pagi menunaikan solat Subuh, menghadap-Nya?

Kalau kita sanggup tidur lewat sbb ber'skype' dengan dia,
mengapa kita xmahu bangun sebentar untuk tunaikan solat taubat pada-Nya?

Kalau kita sanggup datang awal ke tempat 'dating' sbb xsbr untuk bertemu dengan dia,
mengapa kita tidak menunaikan solat tepat pada waktu-Nya?

Kalau kita sanggup baca msj dia yang berjela2 panjang sampai xcukup 1 msj,
mengapa kita terlalu berat untuk membuka helaian Al-Quran yang akan menjadi pendinding kita di akhirat sana?

Satu kisah yang membuat aku berfikir lama, panjang, dalam dan sangat terkesan dalam hati.
Perbualan ringkas aku dan CSY (gadis beragama buddha) pada jam 7:45 malam.
CSY: Hawa, mana NZ (gadis beragama Islam)?
Aku: Solat.
CSY: Bila masa u'll kena solat?
Aku: Em... 5 kali sehari. Subuh 5:42, Zohor 1:03, Asar 4:24, Maghrib 7:02, Isyak 8:12.
CSY: Jd, mengapa dia solat sekarang? Bukan sepatutnya jam 7:02?
Aku: (diam) em... (lalu aku menerangkan selanjutnya)

Aku diam, kerana kata2nya benar.
Mengapa solat pada jam 7:45, bukan pada 7:02?
Mengapa biarkan Dia menunggu selama 43minit sebelum sambut seruan-Nya?

Kalau kita berjanji dengan seseorang, dan orang itu lambat 43minit, apa yang kita rasa??

Aku mengaku cintakan Allah, aku mengaku sayangkan Allah, tetapi aku lalai menyahut seruan-Nya...

~Sambutlah seruan-Nya sebelum Dia memanggilmu buat kali terakhir~

.: Buat kamu: Aku insan yang xmampu menegur dengan kata-kata kerana kata-kataku sering menyinggung hati manusia. Jadi aku kelukan lidahku, namun aku tidak mahu kau terus hanyut. Aku tidak mahu kau dan aku sama2 dihumban ke neraka-Nya. Aku tidak mahu kau tuduh aku sebagai seorang kawan yang pentingkan diri, tidak mengajarmu apa yang aku tahu... :.

No comments:

Post a Comment