Wednesday, September 22, 2010

Salam Aidilfitri...

Imam Syafie menziarahi sahabatnya Imam Ahmad Hambal. Selama 3 hari beliau di sana.
Perlakuan beliau telah diperhatikan oleh anak sahabatnya. Pada hari terakhir, anak Imam Ahmad Hambal bertanya kepada Imam Syafie 3 soalan:

1) Pada hari pertama tiba, ketika dihidangkan makanan, mengapa engkau makan semahu2nya sedangkan sewajarnya engkau zuhud?

2) Aku melihat engkau tidak sekalipun bgun untuk qiamullail sepanjang berada di sini. Mengapa?

3) Selama 3 hari di sini, aku perhatikan engkau telah bersolat subuh tanpa mengambil wudhuk. Mengapa?

Imam Syafie tersenyum lalu menjawab:

1) Makanan dari orang yang pemurah merupakan penawar kepada penyakit. Ayahmu seorang pemurah, jd mknan dari ayahmu adalah penawar penyakit.

2) Aku tidak bangun qiamullail kerana aku berfikir mengenai masalah fikah dan penyelesaiannya. Aku berbaring dan pejam tetapi aku telah dapat menyelesaikan 100 masalah fikah umat.

3) Aku tidak berwudhuk untuk solat subuh kerana aku tidak tidur. Maka wudhukku tidak batal.

Anak Imam Ahmad Hambal mengangguk dan mengakui kehebatan Imam Syafie.


~ Sekadar coretan untuk peringatan, usahlah menilai manusia dari hanya zahirnya. Namun, zahir yang baik adalah lebih baik dari zahir yang buruk. ~

"Tuhan, ku mohon kau tetapkan hatiku berada di jalan-Mu.. Ku mohon kekuatan untuk aku menegakkan kalimah-Mu. Sesungguhnya hanya pada-Mu aku kembali.."

No comments:

Post a Comment