Friday, December 26, 2008

Bersyukurlah =)


Allah memberikan kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak.

Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (Albaqarah:246)

24hb lepas, aku dapat keputusan yang aku nanti-nantikan. Keputusan semester 1. Aku dapat 3.08.

Ramai kawan-kawan dapat lebih dari tu. Budak-budak klik aku, 3 orang dapat lbh dari aku. Malu, tapi aku tau itulah usaha aku...

Sem depan, aku kne struggle. Takkan aku nak usaha stakat 3 je.. Anak ap aku ni, kalau harapan mak ayah yang mcm2 pun aku xboleh tunaikan? Kakak ap aku ni, kalau xboleh jd contoh pd adik2 aku?

Semoga aku terus berpegang pd janji2 aku. Ini bkn sekadar janji, ini amanah Dia pd aku..

Friday, December 19, 2008

Doakan aku...

Aku hanya merancang, Allah jua menentukan. Ku pasrah pada ujian biarpun datang menghujan. Hikmahnya seiringan, untuk aku fikirkan.

Biar segetir mana ujian melanda, baik berjaya atau kecewa, baik suka atau terluka, kuterima dengan hati terbuka, kerana memeng begitu kehendak-Nya.

Kuyakini, itulah yang terbaik dari-Nya, buatku seorang hamba.

Kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui atas segalanya...

Insyallah esok results sem ni akan keluar. Aku mengharap hanya yang terbaik. Aku yakin dengan janji-Nya, aku yakin dengan doa-doa kalian, keluarga & shbt2 ku.

Semoga keputusan ini menjadikan aku insan yang lebih akrab dgn-Nya...

Tuesday, December 16, 2008

Ukhuwah Ini Demi CINTA Agung-Nya


Duhai teman sejatiku...

Masihkah kau semadikan di minda?

Bahawa ukhuwwah yang terjalin antara kita adalah cinta tulus bersulam taqwa,
Rangkaian jiwa sesama insan manusia,
menjadi lambang keagungan cinta terhadap Sang Khaliq Maha Pencipta...

Berjanjilah teman...

ukhuwwah kita yang terbina kerana cinta pada-Nya,
Takkan terhalang oleh tembok minda manusia,
takkan hilang dek api yang menjulang,
Takkan sirna dek kabus yang kelam,
Tapi hanyakan musnah dek hati yang HITAM...

Teruja aku pada kata-kata Imam al-Ghazali yang mulia:

"Ukhuwwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."

Kuharapkan mekar di hati,
Agar persahabatan suci ini kan terus mantap menjadi syafaat terukir indah di pintu Jannah...

(p/s: to: qistina, aida, sahila, izni, sakinah, syafizan, aiqa, aqilah, seha, najah, husna
sahabat, kurindu pada kalian. Carilah aku, pimpinlah aku, bimbinglah aku...)

Cahaya-Mu ku Pohon


Dalam hitam kelam malam, dalam sepi rinduku ya Allah..

Suara rintih dalan dada, dahaganya hati tanpa-Mu..

Kerana jiwa yang meronta, hampa segala tanpa cahaya-Mu..

Dalam lelah, dalam resah, dalam bimbang hilang arah..

Ku zikrullah...

Kerana jiwa yang meronta, hampa segala tanpa cahaya-Mu...

cinta

"Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri... sebelum mencintai Allah..."